KELEMAHAN YANG TERDAPAT PADA ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DAN CARA MENGATASINYA
Jika kita perhatikan, alat bantu mengajar (ABM) sememangnya tidak mempunyai kelemahan secara langsung, kerana tujuan utama alat bantu mengajar (ABM) adalah untuk menutup sebahagian kelemahan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi kelemahan itu dapat dilihat melalui perkara berikut:-
- Kurangnya kemahiran guru dalam memilih jenis alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai.
- Kurangnya kemahiran guru dalam pengaplikasian alat bantu mengajar (ABM).
- Kesukaran dalam penyediaan alat bantu mengajar (ABM). Seperti kurangnya alat pelaksanaannya, bahan atau rujukan dalam menyediakan, keperluan masa yang mempengaruhi guru dalam menyediakan alat bantu mengajar ABM.
- Faktor pelaksanaannya yang kadang mendatangkan masalah.
Untuk mengatasi segala kelemahan adalah seperti di bawah ini:
- guru seharusnya lebih prihatin dan memahami kehendak pelajar yang diajarkan.
- guru harus muhasabah dan meningkatkan segala kemahiran dalam proses pengajarannya terutama dalam menggunakan segala alat bantu mengajar ABM, seperti kemahiran menggunakan Teknologi maklumat, Multimedia dan sebagainya.
- kerjasama semua pihak dalam merancang dan menyusun proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru dalam penyediaan alat bantu mengajar (ABM).
- Merancang dengan sistematik.
Perkara yang harus diambil perhatian adalah alat bantu mengajar adalah alat sokongan bukan sebagai pengganti guru sepenuhnya. Yang mengendalikannya adalah guru. Jika guru dapat merancang segala-galanya dengan baik, maka segala kelemahan akan dapat diatasi.
Comments
Post a Comment