KEMAHIRAN PEMILIHAN DAN APLIKASI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM).
Kemahiran adalah kecekapan atau kepandaian seseorang untuk membuat sesuatu. Tanpa kemahiran agak sukar bagi seseorang itu mengendalikan sesuatu. Begitu juga dalam bidang perguruan, kemahiran amat diperlukan. Seperti kemahiran dalam memilih serta mengaplikasikan alat bantu mengajar (ABM) yang telah dipilih.
Dalam memilih alat bantu mengajar (ABM), guru seharusnya berkemahiran dalam menilai dan menimbang akan keperluan atau sumbangan alat bantu dalam pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertimbangan seharusnya menekankan semua aspek atau kriteria-kriteria dalam pengajaran dan pembelajaran. Kriteria-kriteria dalam memilih alat bantu mengajar (ABM) itu, di antaranya:-
- Alat bantu mengajar (ABM) haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan.
- Alat bantu mengajar (ABM) harus mengandungi idea-idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri.
- Alat bantu mengajar (ABM) boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya alat bantu mengajar (ABM). Murid-murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan.
- Reka bentuk alat bantu mengajar (ABM) hendaklah menarik dan berkesan untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna.
- Alat bantu mengajar (ABM) harus disediakan dengan perbelanjaan yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya membuat Alat bantu mengajar (ABM) dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya.
- Alat bantu mengajar (ABM) harus disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Alat bantu mengajar (ABM) yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran penyampaian guru atau penggunaan murid.
- Sumber pengajaran-pembelajaran haruslah mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan-bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata atau menggunakan bahan-bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok.[4]
Comments
Post a Comment