Posts

Showing posts from May, 2017

KESIMPULAN

Teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru bukan sekadar chalk and talk tapi lebih dari itu, seperti penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan alat bantu mengajar (ABM) kepada guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih alat bantu mengajar (ABM) yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang ketika dalam pengaplikasiannya. Ini kerana penggunaan alat bantu mengajar (ABM) amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan.

KELEMAHAN YANG TERDAPAT PADA ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DAN CARA MENGATASINYA

Jika kita perhatikan, alat bantu mengajar (ABM) sememangnya tidak mempunyai kelemahan secara langsung, kerana tujuan utama alat bantu mengajar (ABM) adalah untuk menutup sebahagian  kelemahan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi kelemahan itu dapat dilihat melalui perkara berikut:- Kurangnya kemahiran guru dalam memilih jenis alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai. Kurangnya kemahiran guru dalam pengaplikasian alat bantu mengajar (ABM). Kesukaran dalam penyediaan alat bantu mengajar (ABM). Seperti kurangnya alat pelaksanaannya, bahan atau rujukan dalam menyediakan, keperluan masa yang mempengaruhi guru dalam menyediakan alat bantu mengajar ABM. Faktor pelaksanaannya yang kadang mendatangkan masalah. Untuk mengatasi segala kelemahan adalah seperti di bawah ini: guru seharusnya lebih prihatin dan memahami kehendak pelajar yang diajarkan. guru harus muhasabah dan meningkatkan segala kemahiran dalam proses pengajarannya terutama dalam menggunakan segala

KESAN DARI PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Jika guru dapat menguasai kemahiran memilih dan aplikasi alat bantu mengajar (ABM) dengan berkesan, beberapa kesan yang baik dapat diperlihatkan, seperti : Pelajar akan dapat memahami sesuatu konsep, fakta atau idea dengan lebih jelas. Pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan dapat terus mengikuti setiap perkembangan proses pengajaran yang dijalankan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan. Pelajar menaruhkan keyakinan terhadap pengajaran guru. Aktiviti pembelajaran akan lebih menarik. Konsep, fakta dan idea yang diterima akan lebih kekal dalam ingatan. [8]

CARA-CARA APLIKASI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Dalam zaman yang serba moden dan canggih sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat dari semasa ke semasa. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) juga berkembang dari menggunakan papan tulis bertukar kepada yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik dan sebagainya. Di antara jenis alat bantu mengajar (ABM) yang boleh digunakan adalah seperti Kad Manila, Carta, Model, Projektor, Multimedia dan sebagainya. Alat dengar seperti radio, pita rakaman adalah sesuai untuk pembelajaran yang berkehendakkan penguasaan kemahiran yang tertentu seperti bacaan Al-Quran. Filem dan Televisyen sesuai digunakan untuk sesuatu pemerhatian aspek-aspek khusus atau untuk tujuan memperlihatkan tunjuk cara yang berhubung dengan penguasaan sesuatu aspek yang tertentu [6]  seperti pergerakan amali dalam sembahyang. Secara amnya, cara untuk menggunakan bahan bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan meng

PENGAPLIKASIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Setelah dibuat pemilihan terhadap jenis alat bantu mengajar (ABM). Guru juga harus mahir dan faham dalam penggunaan alat bantu mengajar (ABM) tersebut. Untuk keberkesanan aplikasi alat bantu mengajar (ABM) terlebih dahulu guru menekan perkara berikut:- Tentukan sumbangan yang dapat diberikan oleh alat bantu mengajar (ABM) itu kepada pengajaran tertentu berhubung dengan objektif pengajaran yang hendak diajar. Elakkan daripada menyedia alat bantu mengajar (ABM) yang tidak sesuai digunakan atau tidak dapat digunakan dengan berkesan. Rancangkan bagaimana alat bantu mengajar (ABM) itu dapat digabungkan penggunaannya dalam pengajaran untuk menambah pengalaman pembelajaran murid-murid. Aturkan supaya alat-alat bantu mengajar (ABM) itu dapat digunakan oleh murid dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kelam kabut atau mengganggu pengajaran. Kaji maklumat daripada berbagai-bagat punca tentang cara penggunaan sesuatu alat bantu mengajar (ABM) untuk mendapat kesan yang memuaskan. Nilaik

KEMAHIRAN PEMILIHAN DAN APLIKASI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM).

Kemahiran adalah kecekapan atau kepandaian seseorang untuk membuat sesuatu.  Tanpa kemahiran agak sukar bagi seseorang itu mengendalikan sesuatu.  Begitu juga dalam bidang perguruan, kemahiran amat diperlukan. Seperti kemahiran dalam memilih serta mengaplikasikan alat bantu mengajar (ABM) yang telah dipilih. Dalam memilih alat bantu mengajar (ABM), guru seharusnya berkemahiran dalam menilai dan menimbang akan keperluan atau sumbangan alat bantu dalam pengaplikasiannya  dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertimbangan seharusnya menekankan semua aspek atau kriteria-kriteria dalam pengajaran dan pembelajaran. Kriteria-kriteria dalam memilih alat bantu mengajar (ABM) itu, di antaranya:- Alat bantu mengajar (ABM) haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan. Alat bantu mengajar (ABM) harus mengandungi idea-idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri. Alat bantu mengajar (ABM) b

KEPENTINGAN ALAT BANTU MENGAJAR

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan alat bantu mengajar (ABM) amat penting bagi guru untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dengan lancar kerana isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh murid dengan bantuan alat bantu mengajar (ABM). Oleh itu, antara kepentingan alat bantu mengajar (ABM) dapat disenaraikan seperti berikut: Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dapat mengawal serta mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar kekurangan masa. Dapat mempertingkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Dapat mempertingkatkan keghairahan untuk belajar. Dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar. Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pengajaran. Dapat berasakan keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu terhadap pengajaran guru. Alat bantu mengajar (ABM) menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran, oleh itu ia mengurangka

ALAT BANTU MENGAJAR

Alat bantu mengajar (ABM) bukanlah sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan alat yang sangat berguna kepada guru semasa mengajar. Pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dapat memastikan pelajar mengikuti serta  dapat memberikan pelajar kefahaman yang berkesan dan juga dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran yang diajarkan. Secara dasarnya, alat bantu mengajar (ABM) adalah alat yang dapat membantu seseorang guru dalam proses pengajaran. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Alat mengajar merupakan apa-apa saja yang dialami oleh murid (kamaruddin hj. Hussin, 1986) [1] Atan long (1981) membahagikan alat bantu mengajar (ABM) kepada tiga kumpulan, iaitu:- Alat pendengaran, Alat pandangan A

Pendahuluan

Pengajaran memerlukan sesuatu untuk ia mudah disampaikan. Manakala pembelajaran pula memerlukan rangsangan untuk memudahkan pelajar menerima isi pelajaran. Rangsangan yang sukar ditanggapi tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan. berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan alat-alat bantu pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana alat-alat itu merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Dari itu, guru-guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan bantu pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi p

KELEBIHAN ALAT BANTU MENGAJAR

Salah satu kebaikan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) ialah dapat memberikan kefahaman kepada pelajar tentang konsep sesuatu perkara semasa belajar. Hal ini disokong oleh Nor Azlan dan Nurdalina. Menurut Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar memainkan peranan penting kearah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik  minat   pelajar   dalam   mata pelajaran.   Bahan   bantu  mengajar   merupakan instrumen dalam membantu pemahaman para pelajar. Pertama, bahan bantu mengajar juga dikatakan lebih membantu merangsang dunia pelajar untuk pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Noor Azlan dan Nurdalina (2010) Bahan bantu mengajar juga dapat menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.  Hal ini dapat digambarkan seperti seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelaja